Melaka Getaway (Pt 1)

Departure: Shah Alam Bus Station
Time: 5:00 pm
Tix fare: RM17 (transnasioanl online tix)

muka excited masa dalam bas

Arrival: 7:15pm
My first impression bila sampai je kat Melaka....woahhhh...bersihnya negeri ni. Seriously, Melaka ni memang negeri yang bersih. No wonder la ramai pelancong datang sini. Sila berbangga kalau anda orang Melaka ^_^

Venue: Melaka Sentral
Melaka Sentral is more than a bus station. Sekali masuk dah macam shopping mall pun ada. Cakap je nak beli apa kat sini. Baju, jam tangan, tudung, kamera, handphone, cenderahati, makanan, jeans. Semua ada la. Kat sini pun kitorang dah start shopping..kkk...dasar perempuan.haha!




Hotel: Sayang-Sayang Youth Hostel
Price: RM50/night

Sayang-Sayang Youth Hostel ni is a kind of guest house la...since kitorang pun teringin feeling2 backpackers, harga pun murah and terletak kat tepi sungai,,,kitorang pilih la guest house ni. If korang nak try guest house lain pun boleh. Berlambak kat area sini. Konsep guest house kita share bilik air. Tapi, jangan risau.Bilik air and tandas diorang bersih. Cuma yang x bestnya, shower dier rosak. So, kat bilik air yang ada heater tu,agak smelly la...macam bau hancing sikit. Bilik dier seius best. Walaupun kecik tapi selesa. Tingkat bawah ada sofa and cermin, naik tangga kat atas feeling-feeling macam loteng sikit, kat situ lah ada tilam. Aircond is provided. Malam time tido tu memang menggigil lah. Tapi iron diorang x provide. So, I olls yang memang jenis pakai tudung bawal ni, cam mati kutu la sebab x de iron. Padahal masa booking kata diorang provide iron. Eeee..geram!


ni kat belah belakang hotel. depan kitorang tu river lah =)

Melaka River Cruise
Tix: RM10

Sungai ni bukan lah macam sungai yang selalu kita gi mandi-manda kat kampung tu. Ia cuma ibarat longkang besar, or macam Sungai Gombak kat KL tu...so, macam mana busuknya bau longkang, macam tu jugak lah bau sungai ni...hehe..tapi x de lah busuk giler...cuma bila angin berhembus tu, menusuk juga lah ke hidung..hehe...btw, Melaka is sooo windy. Malam berangin, siang berangin,...seronok tau.



Sepanjang river cruise ni, nampaklah struktur bangunan lama yang masih dikekalkan. Cantik sangat. Kat bangunan tu pulak, diorang lukis mural. Seronok je nak photoshoot.

to be continued...

11 comments:

  1. negeri yg ada dlm list utk dilawati th ni..insyaALLAH..

    ReplyDelete
  2. Salam..yieeehaaaa Melaka ! Tempat sy study dan jalan2 lepas tension dulu, sgt seronok kan melaka :D and wah, tq for review that guesthouse, sy kdg2 nk gak check in area tepi sungai tu, tp takut tak okay, maybe next time bolehlah check in kat situ, haaa cuma kena bawa iron lah kan, hehe...nice vacation in Malaysia :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. no worry...check in je. ada banyak sangat pilihan. and ada satu tu saya jumpa owner dia melayu, tapi tu la...hari nak balik baru jumpa..huhu

      Delete
  3. river cruise ni cik ros belum naik.mcm bestkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermm...try la cik rose..best juga ^_^

      Delete
    2. Ermm...try la cik rose..best juga ^_^

      Delete
  4. mmg seronok dok melaka...dah nak masuk 3 tahun pindah sini... tah dah berapa kali naik cruise... sebab bila kawan2 atau family datang... ai naik sekali... hehehe

    kat melaka ni, mmg bersih sikit...even kat belakang2 bangunan & belakang rumah kita, majlis bandaraya akan bersihkan...setiap minggu... best.. best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah macam tu...patut nye semua negeri kat malaysia ni contohi majlis bandaraya negeri melaka..mesti cantik lah malaysia..bebas sampah.

      Delete
  5. Bumda pernah pergi rombongan Jiranita thn 2011...pernah naik river cruise tu....best..pelagi dgn rombongan...meriah...

    ReplyDelete

let's komen-mengomen..