Floss Gigi

Pernah floss gigi tak? alaaaa....yang macam benang orang bersihkan celah-celah gigi tu. Haa,,tapi tu bukan benang tau. tu nama nye floss.

Perlu ke floss gigi?
Ya, perlu sebab menggosok gigi sahaja tak mencukupi. Macam ayat iklan kan


Kenapa perlu floss gigi?
Sisa makanan dan bakteria juga terdapat di celah-celah gigi. Kalau kita gosok gigi ia lebih membersihkan permukaan gigi yang luaran. Yang celah-celah tu susah sikit la nak dibersihkan. Lagi-lagi kalau kita guna berus gigi jenis berus dia kasar. Kalau kita tak bersihkan celah-celah gigi dengan sempurna, plaque terkumpul kat situ then jadilah masalah gusi kemudian gigi berlubang. 

Berapa kali nak floss gigi?
Sehari sekali pun cukup.

Guna benang je tak boleh ke?
well, benang tu terlalu nipis berbanding floss, so ia tak akan remove plaque secara efektif. Sebab ia lagi nipis, so masa floss gigi nanti kita ter-slip ke,,tak pasal-pasal gusi tercedera.

Jenis floss
Ada 2 jenis floss; waxed floss and unwaxed floss. Basically, tak de beza pun dua-dua jenis ni, yang penting teknik floss tu kena betul.

Ada juga floss yang ada pemegang. Yang tu lebih senang lah. 


Susah la nak floss gigi..
Ya, mula-mula memang susah. Lebih lagi nak floss gigi belakang. Tapi, practice makes perfect. Jangan la give up.

Kenapa berdarah lepas floss?
Untuk yang baru pertama kali nak floss gigi, benda ni selalu berlaku. Ia salah satu tanda ada radang gusi (gingivitis). Biasanya kalau lepas gosok gigi, lepas tu berdarah, haaa...tu maksudnya ada maslah gingivitis lah tu.. Tapi, jangan berhenti, x nak flossing dah. Kena teruskan juga. Sebab bila kita maintain oral hygiene, masalah gusi berdarah tu akan diatasi. 

Kalau floss je, tak payah gosok gigi boleh tak?
NOPE! perkara penting ialah gosok gigi, Floss gigi ni just nak bantu bersihkan gigi dengan lebih lagi. Lagipun, kan floss ni untuk bersihkan celah-celah gigi je...

Budak-budak kena floss gigi juga ke?
ya sayang...budak-budak pun kena floss juga. Untuk yang masih kecil, parents kena lah tolong floss kan. Bila dah besar sikit like umur 8 tahun ke, dah boleh suruh diorang buat sendiri



Saya pakai braces, nak kena floss juga ke?
Ha! kalau pakai braces lagi lah kena floss.


Macam mana caranya?




Jangan lupa mulakan rutin baru anda. Happy flossing 



#dental #dentaluitm #gigi

0 comments:

Post a Comment

let's komen-mengomen..