On Hiatus?

Salam bloggers. 
Oh blog, awak macam sangat diabaikan kan...hewhewhew..
korang pernah sampai x perasaan boring la nak blog ni, tapi.....cam sayang nak berhenti sebab mesti ada loyal reader blog saya pun ada loyal reader walaupun follower x ramai okeyh!!  

Tak sedar pulak dah berapa lama x bukak blog, bukan setakat blog sendiri,,nak blogwalking lagi lah cam x de feel je...hikhok!

Then one day ada classmate tegur, "hey jungrara, kau ada blog eh. aku baca blog ko" and aku macam...what?????mana kau tau aku ada blog? 
ok, sebenarnya x de lah susah mana..kalau kau google 'jungrara' confirm2 keluar blog ni nampak tak gi stalk diri sendiri kat google?choiii 

Lepas tu cam tersedar, "oh....aku dah lama abaikan blog ni". Lepas tu gi check follower...memang x bertambah pun sejak beberapa bulan lepas. terima kasih jugak sebab tak unfollow...heeeee
Budak baru blogging 2 minggu pun dah boleh cecah follower ramai ni. booooo jungrara!



Lepas tu tengok emoticon yang kiut-miut ni hilang...aku cam.... "okeyh...macam mana aku nk timbulkan emoticon tu balik?"



Then tersedar lagi yang dah bertahun aku x tukar header and background blog. Baru berangan nak tukar,tapi dah lupa macam mana nak tukar setting dier...ohoy! dulu....tiap minggu nak tukar header. Bila sekarang tengok background rasa macam..." apesal aku bubuh background pink? padahal x suka pun pink."
tapi pink ni buat aku rasa cam aku suwit. ihik!

Lepas tu lagi, tengok last post pasal Melaka Getaway part 1. Dulu niat di hati nak buat part 2,3,4 dan seterusnya. Konon macam banyak sangat cerita nak dijilidkan dalam blog ni. Tapi lepas tu terus ,ermmm...malas?mungkin malas...tapi sebenarnya lebih pada x de feel lah nak blog. So, mungkin kisah melaka tu akan kekal takat part 1 je...or di suatu hari yang indah akan datang, ada lah part 2.......kot.

Apa-apa pun, bloggers semua....keep on blogging ya....saya nak baca blog korang.................................................................................................................................................kot.




Malu lah if classmate baca blog ni! ihik!

Melaka Getaway (Pt 1)

Departure: Shah Alam Bus Station
Time: 5:00 pm
Tix fare: RM17 (transnasioanl online tix)

muka excited masa dalam bas

Arrival: 7:15pm
My first impression bila sampai je kat Melaka....woahhhh...bersihnya negeri ni. Seriously, Melaka ni memang negeri yang bersih. No wonder la ramai pelancong datang sini. Sila berbangga kalau anda orang Melaka ^_^

Venue: Melaka Sentral
Melaka Sentral is more than a bus station. Sekali masuk dah macam shopping mall pun ada. Cakap je nak beli apa kat sini. Baju, jam tangan, tudung, kamera, handphone, cenderahati, makanan, jeans. Semua ada la. Kat sini pun kitorang dah start shopping..kkk...dasar perempuan.haha!




Hotel: Sayang-Sayang Youth Hostel
Price: RM50/night

Sayang-Sayang Youth Hostel ni is a kind of guest house la...since kitorang pun teringin feeling2 backpackers, harga pun murah and terletak kat tepi sungai,,,kitorang pilih la guest house ni. If korang nak try guest house lain pun boleh. Berlambak kat area sini. Konsep guest house kita share bilik air. Tapi, jangan risau.Bilik air and tandas diorang bersih. Cuma yang x bestnya, shower dier rosak. So, kat bilik air yang ada heater tu,agak smelly la...macam bau hancing sikit. Bilik dier seius best. Walaupun kecik tapi selesa. Tingkat bawah ada sofa and cermin, naik tangga kat atas feeling-feeling macam loteng sikit, kat situ lah ada tilam. Aircond is provided. Malam time tido tu memang menggigil lah. Tapi iron diorang x provide. So, I olls yang memang jenis pakai tudung bawal ni, cam mati kutu la sebab x de iron. Padahal masa booking kata diorang provide iron. Eeee..geram!


ni kat belah belakang hotel. depan kitorang tu river lah =)

Melaka River Cruise
Tix: RM10

Sungai ni bukan lah macam sungai yang selalu kita gi mandi-manda kat kampung tu. Ia cuma ibarat longkang besar, or macam Sungai Gombak kat KL tu...so, macam mana busuknya bau longkang, macam tu jugak lah bau sungai ni...hehe..tapi x de lah busuk giler...cuma bila angin berhembus tu, menusuk juga lah ke hidung..hehe...btw, Melaka is sooo windy. Malam berangin, siang berangin,...seronok tau.



Sepanjang river cruise ni, nampaklah struktur bangunan lama yang masih dikekalkan. Cantik sangat. Kat bangunan tu pulak, diorang lukis mural. Seronok je nak photoshoot.

to be continued...

To Wish Possible Things

Salam bloggerz ^_^
Hari ni dah masuk page 2 out of 365 untuk tahun 2014 kan...so, korang dah set ke azam baru? Saya...jarang lah nak buat azam ni, yang penting setiap tahun saya nak menjadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya. 

Untuk semua...saya doakan semoga tahun 2014 ni menjadi tahun yang terbaik untuk korang walaupun akan ada cabaran dan dugaan yang mendatang. X seronok lah hidup kalau x de kesusahan kan....macm hambar je nanti...bak kata Dato' Siti dalam lagu Lebih Indah tu.. ~cabaran dan dugaan membuat hidup lebih indah~

Oh..saya suka sangat lagu tu..macam ada bagi semangat kat diri sendiri..

Di sekelilingmu

Ada dinding dinding yang menghadangi
Dan menghalangi
Di sekelilingmu
Ada laut-laut yang menghampari
Dan merintangi

Ni konon nya azam baru la..boleh??kkk


Happy new year!!!