Astro Byond Weekend Event

Hari Ahad semalam, 23 October, kitorang from Sweet Potato Gochun dengan sangat excited-nya pergi  Solaris Mont Kiara untuk astro byond nyer event. Ohh, btw, Sweet Potato Gochun ni, group kat FB untuk hardcore Yongseo couple. Ni baru 1st time join xtvt diorang, al-maklum lah, saya ni kan berada jauhhhh di Perlis, bila diorang berkumpul kat KL masa weekend, agah susah sikit untuk join...hehe...

Aku pergi dengan kak Munie,siyes memang x pernah jumpa dia. Selalu juz say Hi kat FB jer..hehe....tapi kak Munie ni memang havoc la...and dia memang pandai cakap Korea sebab dia masuk kelas bahasa Korea....woahhhhh.....kitorang x de la terus gerak gi solaris tu...kitorang berkumpul kat car park Pusat Sains Negara since car park kat situ free...hehe....and kitorang lah yang paling awal sampai..excited sangat kot..haha...yang best nya, tetiba ada konvoi kereta-kereta antique, and rasa nya diorang ada lah event ngan TV3, sebab lepas tu ada la kereta TV3 dengan cameraman sekali..catik woo kereta-kereta classic ni... =) nak snap pic tapi, agak ketakutan sikit la, mana la tau tetiba owner dia marah sebab ambik gambar ngan kereta dia...hehe..

bas sekolah kat belakang tu menganggu background la..


So, lepas semua orang dah sampai, kitorang pun terus gerak gi Solaris. Walaupun baru 1st time jumpa diorang semua, tapi semua peramah...ye lah,,kalau dah sama-sama minat korea cerita pun benda yang sama..hehe..

Sampai je kat kedai astro byond tu, memang perut dah lapar giler la...masa tu, staff astro tengah buat chicken BBQ, memang menusuk hidung ni, and perut terus menyanyi lagu In My Head...ok, hiperbola sangat tu..keke...menu untuk lunch, mestilah Korean food kan.

ayam sedang dibakar.....yummy!!

Diorang banyak bagi lauk-pauk sayur, aku pulak kurenggg sikit ngan sayur ni, tapi sebab nak try, aku ambik la sikit...rasa nya,,,ermmmm...masakan Malaysia sedap lagi kot..haha..



tengah makan tu, tetiba MC kata, jap lagi ada dance perf from RUFFNECKz. Kalau korang k-popers, korang harus tahu pasal diorang ni, if x tau lagi, sila Google...kitorang yang tengah menjamu selera ni, terus berhenti makan sebab nak focus kat diorang...haha..semua menjerit-jerit bila diorang start menari. Aku terfikir la, baru RUFFNECKz yang perform, kalau betul2 k-pop idol yang datang, x tau lah cam mana.



nampak dengan jelas peluh2 yang meleleh kat atas stage tu....Malaysia memang panas..hehe

kitorang with RUFFNECKz

Habis jer diroang perform, kitorang sambung makan balik...dah penat dah menjerti-jerit td..hehe..and MC tu asyik pesan jangan balik!!! sebab lepas ni ada contestants from The Challenger Muaythai. Again, kalau korang x tau, sila Google. Tapi kalau korang selalu tengok AXN, mestilah tau kan..huhu...

kitorang with The Challenger


Rasa-nya, kalau kitorang terus blah lepas tengok RUFFNECKz, mesti x ada penonton untuk The Challenger tu...huhu..

from left: Faizal, Hamdan, Ejo

muaythai demo

autograph session


Btw, Faizal tu ranked no 10 in the world, and his nickname is "Golden Elbow"..fuuuyooo...
Lepas jer habis a session with those Thai kickboxer, RUFFNECKz wat dance performance lagi...yay!!!! kali ni diorang dah tukar baju, ecehhh,, macam artis la...btw, lepas habis 1st perf tadi, diorang makan kat meja belakang aku...woahhhh...siap ada sorang perempuan ni, manager kot, lap kan peluh kat muka Yoro masa Yoro tengah makan...tu belum debut jadi artis tu...haha...

So, bila dah habis 2nd perf, aku n kak Munie pun balik...diorang yang lain stay lagi kot..tapi dah x de pa pe pun....just ada Rugby World Cup Live pukul 3 pm..malas lah nak stay....huhu...that's all =)

oh kejap,, masa balik tu kan, kiorang terserempak pulak dengan konvoi vespa and konvoi kereta kebal ATM..hari Ahad memang hari berkonvoi kot...keke..

my goodies.....dapat giant poster city hunter..woot~woot~


nota kaki: record banyak video masa RUFFNECKz perform, tapi bila upload kat youtube, audio x keluar..pelikz betol..huhu

2 comments:

let's komen-mengomen..