Awek Chuck Taylor

Salam blog. Kita bertemu jua.hewhewhew...

Seingat aku, masa aku sekolah rendah dulu, masa tu kakak aku sekolah menengah. Time tu para remaja muda-mudi tengah gilakan novel-novel keluaran Ahadiat Akashah. Aku pun tak terkecuali...hihi.. Kegilaan tu berlanjutan sampai aku sekolah menengah. Lepas tu muncul pulak satu novel dari penerbit lain dan bermulalah era kegemilangan Alaf 21. Top 3 novel masa tu kat sekolah aku ialah Bicara Hati, Ombak Rindu dengan Pergilah Sepi. Aku tak tahu hak milik sape novel tu, tapi novel-novel tu bertukar tangan dari satu dorm ke satu dorm. Serius novel tu lunyai. Aku x tahu lah apa perasaan pemilik novel tu masa dapat balik kat dia..hehe...

Tapi masalahnya, aku bukanlah pembaca novel yang tegar. Aku rasa novel Alaf 21 yang aku layan 3 buku tu je la kot. Aku suka membaca, tapi entah. Aku x suka baca novel. Korang x rasa ke jalan cerita dier sama? Ulasan pasal jalan cerita tu, aku mungkin buat kat entry lain. MUNGKIN ye....haha..

Eh, aku rasa aku dah menyimpang dari matlamat asal entry ni. Well, muda-mudi zaman sekarang bangkit dengan novel-novel indie dari Lejen Fixi. Macam biasa aku x ambik port jugak pasal novel ni, walaupun selalu baca review dari bloggers yang hardcore lejen. 

Hinggalah satu hari, ex-housemate ajak tengok teater.

Housemate : mummy...ko nak tak tengok teater?
Me: nak...
Housemate: aku nak tengok teater ni..Awek Chuck Taylor, aku dah baca buku dier, so nak tengok teater pulak

**mummy tu nickname aku...manja kan...ihik.

Aku decide, before aku gi tengok teater, ada baik nya aku baca novel nye dulu...tak gitu? Lepas aku dah beli, then start baca...serius aku x buat kerja lain. Memang patut lah buku ni banyak peminat. Jangan suruh aku buat review. Sila blogwalking blog orang lain. Ramai yang dah buat.



Dan sesudah aku habis baca, aku pun stalk lah watak-watak dalam cerita ni... terima kasih google  Menariknya sebab cerita ni is based on a true story penulis sendiri. Mungkin kau rasa drama nye, tapi hidup ni memang drama kan...haha... maka nya sekarang ni aku mungkin akan beli novel dari Nami Cob Nobbler yang seterusnya.

Aku x sabar nak tengok teater dia. Nant aku buat review pasal tu okay!

Aku curious pasal Sheila


3 comments:

  1. Salam, haha sy pun tak minat baca novel sbb mostly cerita semua cliche dan hampir sama..(sama mcm drama TV3, hahaha)..owh kalau label FIXI tu dan novel2 seram sy layanlah..even sama pun tetap seram, hahah..
    wah best ke? Siap buat teater lagi, ni nak kena baca jugak ni :D

    ReplyDelete
  2. dah banyak kali tgk tajuk novel ni kt MPH..tpi tak terbeli2..hehe

    ReplyDelete

let's komen-mengomen..